Asal Usul Orang Melayu

June 25, 2019 Admin 0 Comments

foto: melayuonline
Ada banyak teori asal-usul bangsa. Melayu tidak terkecuali. Mereka yang yang terlibat dengan teori asal-usul manusia ialah agamawan, ahli mitologi, ahli biologi, ahli arkeologi, ahli sejarah, ahli antropologi dan ahli linguistik. Samalah dengan teori bangsa lain juga, semua teori asal-usul Melayu itu berlegar pada dua teori amnya, iaitu teori yang berasaskan kepada hipotesis penghijrahan yang dikenali sebagai “Budaya Gelombang” dan satu lagi berasaskan pada peribumi atau azali.

Sesuai dengan judul bab ini perkara yang dibincangkan ialah “tempat asal Melayu”, “asalnya perkataan Melayu, dan yang berhubung dengannya”, “takrif Melayu”, “asalnya nama-nama negara dan geografi seperi Malaya, Semenanjung (Tanah) Melayu, Gugusan Pepulau Melayu, Malaysia, Indonesia dan Nusantara”. Selain daripada itu, sejarah ringkas kerajaan-kerajaan rumpun Melayu sebelum kedatangan Islam juga dibentangkan kerana kerajaan-kerajaan ini dianggap tidak begitu diketahui oleh umat rumpun Melayu kini. Kerajaan-Kerajaan yang dimaksudkan itu ialah Kerajaan Funan, Kerajaan Campa, Kerajaan Sriwijaya, Kerajaan Langkasuka-Patani, dan Kerajaan Majapahit.

Dari Mana Orang Melayu?

Teori yang popularnya tentang asal tempat orang Melayu ialah mengikut hipotesis penghijrahan yang dikenali sebagai “Budaya Gelombang” yang diutarakan oleh seorang ahli antropologi Austria bernama Robert Heine-Geldern pada tahun 1932, iaitu Melayu ini adalah bangsa yang berasal dari Yunan, China. Teori alternatifnya ialah bangsa Melayu memenuhi “hipotesis peribumi” yang diutarakan oleh Wilheim Solheim II pada pertengahan 1960-an, yaitu Melayu ialah bangsa dari azali (mula asalnya) lagi berada di daerah Asia Tenggara ini.

Kedua-dua ringkasan teori ini dapat ditelaah pada Solheim (t.t). Mengikut Abbas (2002), sarjana tempatan yang pertama menentang hebat teori Geldern itu dan diikuti oleh ramai sarjana tempatan lain selepasnya ialah Sheppard (1972) (mantan pentadbir Inggeris di Malaya dan akhirnya menjadi rakyat Malaysia). Pengarang buku ini sendiri pernah menulis asal-usul Melayu beberapa kali (Shaharir 1992, 2000, 2000/2002, 2003a) sebagai reaksi kepada pandangan pengikut Geldern di Malaysia dan ekoran kajiannya dalam etnomatematik dalam tamadun Melayu pra-Islam sejak tahun 1990-an.

Dalam tulisan-tulisan itu, hipotesis penghijrahan dari utara (seperti Yunan itu) dihujahkan sukarnya diterima jika dilihat daripada perspektif bahasa dan fosil manusia purba. Segi kajian fosil manusia, “Orang Jawa” lebih awal daripada “Orang Peking” (kalau pun benar “Orang Peking” itu wujud; ada bukti yang “Orang Peking” itu orang 'rekayasa' saja seperti yang dimunculkan pertama kalinya pada masyarakat di Malaysia ini oleh Sulaiman & Suzanah 1978).

Segi bahasa pula, seseorang boleh menggunakan pandangan Wilkinson (1911) yang menegaskan bahawa “bahasa Yunan ialah kelompok Austronesia, manakala bahasa Melayu ialah kelompok Polinesia”, untuk mengesyorkan hipotesis bahawa penghijrahan itu lebih munasabah berlaku dari selatan atau rantau Pasifik. Tentang bangsa berbahasa Austronesia itu pun, ada pendapat (Keraf 1984) yang mengatakan bangsa nenek-moyangnya dari Alam Melayu ini juga! (Lihat juga Internet 1.1).

Walau apa pun polemik antara hipotesis penghijrahan dengan peribumi tidak mungkin akan berkesudahan sehingga akhirnya sistem nilai sahaja yang menentukan pendirian seseorang. Bagi Muslim memang hipotesis penghijrahan itu yang lebih patut dipercayai kerana lebih serasinya dengan ajaran Islam bahawa manusia ini berasal daripada Nabi Adam ‘alais (‘alaih al-salam)

semuanya, iaitu dari Timur Tengah; atau dari Nabi Nuh ‘alais (setelah mengambil kira peristiwa Bah Besar itu). Sudah ada pandangan (lihat Internet 1.1 itu) bahawa semua bangsa dalam dunia ini berasal daripada tiga putera Nabi Nuh: Ham, Yafit dan Sam. Ham berpindah ke Afrika, Yafit ke Eropah dan Sam ke Asia menerusi puteranya Nabi Hud yang tinggal di Yaman dan Oman.

Hipotesisnya, keturunan nabi Hud inilah yang berhijrah ke Madagaskar dan seterusnya ke Alam Melayu ini hinggalah ke Hawaii. Ini patut benar disambut baik oleh sarjana Muslim untuk mengesahkan hipotesis daripada sistem nilai agama ini menerusi ujian DNA.

sumber
(Shaharir Mohamad Zain/http://www.kesturi.net/archives/366)

You Might Also Like

0 Comments: